♡♥ᗩiN POḰ Lᗩᖺ ♡♥
Hi, I'm nik nor amizatul ain bt nik lah . call me ain or nik . be nice yaa :) I'm ex-MAAHAD JOHOR 2012 . Do follow me . Thank you .







♥ Kerana Dia Imam ♥ (^_^)
Saturday 10 March 2012 ? 0 Happy ?
Assalamualaikum .
Hari nie rasa rajin nak update blog coz aku kat rumah sorang2 .
Yang lain pegi majlis kenduri kawen . So , memang boring abis la .
Nak baca buku , ermm .. haha . 
Tahu2 la ye , memang malas yang teramat . Uweks !

Erm , oke aku nak tanya korang nie . Agak2 siapa laki yang 
paling hensem , paling macho , paling baik , paling kool , paling best ,
paling hebat n paling berkuasa antara insan2 bernama
lelaki ?

Sesape yang jawapan dia imam , yes ! Betol la jawapan anda tu .
Lelaki yang mampu jadi imam . Imam secara umumnya , imam solat 
secara khususnya . Raja ngan presiden negara pun bersolat kat 
belakang seorang imam . Wow ! Memang hebat kan imam ?
Berkuasa macam mana pun orang tu , bila dia jadi mkmum ,
dia wajib ikut imam kalau nak solat
berjemaahnya sah .



Macam tu jugak la dalam memilih pasangan . Ceh , baru umur 18 tahun 
dah sibuk2 cakap pasal pilih pasangan . hahaha . Perempuan atau 
wanita yang bijak akan pilih lelaki yang mampu jadi imam 
solatnya . Boleh ajar dia solat , boleh bimbing dia .
Boleh bangun solat sama2 di setiap sepertiga malam .
Sweet kan ? hehe . 

Ada ke syarat2 yang strict untuk jdi imam ?
Tak ada pun syarat susah . Janji orang islam dan boleh solat .
Boleh baca al-Fatihah . Doa pulak ? Tak pndai baca doa tak pe ,
hentam je doa dalam bhsa melayu . Yang lebih difahami tu lebih afdhal tapi
afdhal jugak kalau mengamalkan doa yang Nabi SAW sarankan .

So , korang2 yng kaum Adam , korang mampu jadi imam .
Jika korang nak . Jika korang mahu . Jika korang berani . Jika korang adalah Muslim .
Islam tak menetapkan keturunan yang baik2 , kasta baik2 , orang2 soleh je boleh jadi imam .
Semua boleh . Kenapa korang tak boleh pulak ? Malu bacaan tak sedap ? Semua 
tu boleh diperbaiki . Bukti islam tak menetapkan orang tertentu je yang boleh jadi imam :-
"Abu Huzaifah, seorang hamba sahaya yang dimerdekakan, menjadi imam solat bagi kaum Muhajirin yang pertama dan beberapa orang sahabat Nabi SAW di Masjid Quba. Di antara mereka ada Abu Bakar, Umar al-Khattab, Abu Salamah, Zaid dan Amir bin Rabi'ah."
( Diceritakan oleh Umar bin Khattab dan dikeluarkan oleh Imam Bukhari )

Lelaki macho bukan lelaki stylo , lelaki kool bukan lelaki mulut manis berkereta hebat ,
bekerjaya mantap ... bukan tu semua tapi hanya KERANA DIA MAMPU JADI IMAM .

So , tu je la yang aku nak sampaikn ari nie . huhu . Jumpa lagi di lain hari ye !



# Suka dengar suara dia bila jadi imam .
????
hehehehe .

Wassalam ! (n_n)




Thanks for reading :)