♡♥ᗩiN POḰ Lᗩᖺ ♡♥
Hi, I'm nik nor amizatul ain bt nik lah . call me ain or nik . be nice yaa :) I'm ex-MAAHAD JOHOR 2012 . Do follow me . Thank you .







RAMADHAN Tiba Lagi , Betulkah Niat Puasa Kita ?
Saturday 21 July 2012 ? 0 Happy ?
 Assalamualaikum . apa khabar semua ? erm , lama nye tak update blog kan ?
dah terlebih berhabuk dah blog nie . Busy la coz tahun nie aku amik STAM . Tahu tak pebende tu ?
STAM tu singkatan bagi SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA .
Fuyooo !! haha . Bukan senang nak jumpa blogger amik STAM ni . kan ? kan ? hehe .

Tak sangka sekarang nie dah masuk bulan RAMADHAN .
 Satu bulan penuh rahmat, penuh keberkatan dan juga peluang meningkatkan prestasi ibadah.
Anggaplah bulan ini sebagai satu titik perubahan untuk kita, daripada buruk kepada baik, dan daripada baik kepada lebih baik. Satu isu yang menonjol dalam dunia tarbiyah setiap kali menjelang Ramadan, adalah kefahaman dan kecintaan terhadap bulan puasa itu sendiri. Jadi bukanlah sesuatu yang perlu bagi aku untuk memberi pendapat tentang isu ni, kerana ia sudah terlalu banyak dibicarakan di internet.
 
Aku cuma nak ketengahkan satu perkara; niat kita berpuasa. Aku pernah terbaca dalam satu artikel bahawa "Orang Malaysia memang suka buat ibadah sunat, walhal ibadah wajib ditinggalkan."
Perkara ini, pada hari-hari biasa pun, banyak berlaku depan mata kita. Sebagai contoh, ada yang berpuasa sunat Isnin dan Khamis walaupun solat fardu kadang-kadang ditinggalkan (contohnya, kita sangat susah untuk bangun menunaikan Solat Subuh). Ada juga yang bersedekah beratus-ratus ringgit tetapi zakat tidak ditunaikan. Niat sebenar? Berpuasa untuk menjimatkan duit, bersedekah untuk mendapat pujian. Takkan berguna puasa dan infak itu. Sia-sia.

 

Konsep menyambut Ramadan sebagai bulan puasa adalah tidak adil. Ramadan bukan bulan untuk berpuasa semata-mata. Kita sepatutnya menyambut Ramadan sebagai satu medan pertarungan satu-dengan-satu (one-on-one) dengan nafsu kita. Jika tiada syaitan pada bulan Ramadan, kenapa masih ada orang yang buat jahat? Kenapa masih ada yang mencuri, menipu, apatah lagi ponteng puasa ? Betol kan ?
Apabila tiada syaitan, yang tinggal hanya nafsu kita. Kita berperang dan bertarung dengan nafsu saban hari - bermula dari saat bangun daripada tidur, sampailah waktu kita pejam mata untuk tidur. Berpuasa adalah untuk menahan nafsu, bukan untuk menahan lapar dan dahaga semata-mata. Berpuasa adalah untuk menjaga hati, lidah dan perbuatan. Berpuasa adalah untuk mengenal erti penat lelah, memahami dan mensyukuri nikmat yang melimpah ruah daripada Allah SWT. Berpuasa adalah untuk syurga yang hakiki.

Betulkan semula niat kita. Bukan cuma sekadar menyatakan lafaz, dan menahan diri daripada makan dan minum, tetapi fahami erti sebenar berpuasa. Barulah ibadah itu akan terkesan, lalu membawa kepada istiqamah selepas Ramadan. Bercakap tentang istiqamah, apabila mendengar orang menyebut 'Ramadan Kareem', kita digalakkan menjawab dengan 'Allahu Akram'. Maksudnya, 'Ramadan yang mulia, Allah lebih mulia'.
Ingatlah pesanan Imam Hassan Al-Basri: "Jadilah kamu hamba Allah (yang beribadah sepanjang masa, tempat dan suasana) jangan menjadi hamba Ramadan (yang hanya tekun beribadah di bulan Ramadan)"
Ingatlah juga pesanan dari Rasulullah SAW - daripada Umar bin Khathab RA berkata:
"Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya segala amalan itu tergantung pada NIATnya. Dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang ia niatkan. Maka barang siapa yang hijrahnya kerana Allah dan rasulNya, ia akan sampai pada Allah dan RasulNya. dan barang siapa hijrahnya menuju dunia yang akan diperolehnya atau menuju wanita yang akan dinikahinya, ia akan mendapatkan apa yang dituju.".
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kalau setakat baca niat puasa, dan esoknya cuma tahan makan dan minum, budak darjah satu pun mampu buat! Kita tak nak ibadah puasa kita sia-sia. Rasulullah SAW bersabda,
"Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga".
(Hadis riwayat Riwayat an-NasaeiRiwayat an-Nasaei)
Puasa kita mungkin sah pada mata manusia. Tapi mungkin tidak sampai ke Arasy Allah. Mungkin tak tercapai maksud dan tujuan utama berpuasa. Jadi betulkanlah niat kita. Tahanlah marah. Tak perlu cakap benda-benda yang tak penting. Hentikanlah mengumpat. Sekalipun bercakap benda yang sia-sia mampu membatalkan puasa anda.
Daripada Abu Hurairah RA katanya bahawa Nabi SAW bersabda:
"Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya."
(Hadis Riwayat Bukhari)

Pengakuan jujur, aku sendiri pun susah nak menjaga benda-benda macam ini. Niat adalah sesuatu yang memakan masa untuk diterapkan. Tapi apa salahnya mula sekarang? Kita makin tua, hidup makin singkat. Entah-entah esok lusa kita mati. Insya-Allah, makin kurang usia di dunia, makin kurang dosa kita.
Kalau niat anda rumit untuk diperbetulkan, tak apa. Puasa dulu. Ikut ajaran Islam. Macam orang nak pakai tudung, pakai dulu. Nanti akan datang satu 'hadiah' daripada Allah, yang cuma Allah boleh bagi. Bila dapat 'hadiah' itu, insya-Allah. Anda akan rasa manisnya iman bila niat kita betul-betul fisabilillah. Kita bukan sekadar tahu sebut, kita akan tahu rasa. Nak rasa? Cubalah sendiri.

Jadi, sebelum tidur malam ini, kita baca niat puasa dulu. Tak, bukan sekadar baca, tapi cuba kita rasa. Rasa niat puasa. Rasa suasana Ramadan. Rasa indahnya keberkatan. Rasa kepuasan melawan nafsu. Menang dengan diri sendiri.
Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak seorang pun daripada hamba Allah yang berpuasa sehari dengan niat kerana Allah, melainkan Allah akan jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun lamanya."
(Riwayat Hadis Bukhari dan Muslim)
Mari kawan-kawan, kita berpesta ibadah. ^____^

Wassalam .



Thanks for reading :)